Wow Shop
Wow Shop (digayakan sebagai wowshop atau WOWSHOP; dahulu dikenali sebagai CJ Wow Shop) ialah rangkaian televisyen membeli-belah dalam rumah yang dimiliki oleh Wow Shop Sdn. Bhd., anak syarikat Media Prima Berhad.
Saluran ini dilancarkan pada 1 April 2016 dan berkongsi waktu siaran dengan empat rangkaian TV Media Prima—TV3, ntv7, 8TV dan TV9, ia menawarkan pelbagai produk dari pelbagai kategori.
Sehingga 2017, CJ Wow Shop menjana pendapatan sekitar 58% daripada RM27.7 juta dan meningkat kepada RM44.0 juta pada suku pertama 2018.Rangkaian ini bertukar nama kepada WowShop pada 1 November 2020.